Beberapa Bab dalam Kitab Al Hikam :
- [Sesetengah] daripada tanda-tanda pergantungan (atau persandaraan) kepada amal ialah berkurangnya harapan [kepada AllÁh] ketika wujudnya dosa/kesalahan.
- Keinginanmu untuk melakukan at-tajrÏd (penanggalan, yakni meninggalkan usaha-usaha mencari rezeki) sedangkan AllÁh mendirikanmu di dalam al-asbÁb (sebab-musabab, yakni melakukan usaha-usaha mencari rezeki) adalah termasuk ke dalam syahwat yang tersembunyi. Dan keinginanmu untuk [berkecimpung di dalam] al-asbÁb sedangkan AllÁh mendirikanmu di dalam at-tajrÏd pula adalah satu penurunan daripada himmah (aspirasi) yang tinggi.
- Kehadapanan/keterdahuluan aspirasi-aspirasi tidak akan dapat mencarikkan tembok-tembok kota takdir.
- Rehatkanlah dirimu daripada mentadbir (yakni bersusah-payah dan merasa risau di dalam mengatur keperluan-keperluan hidup). Apabila sudah ada yang lain daripadamu yang mendirikannya bagimu (yakni ia sebenarnya telah pun diaturkan oleh AllÁh Ta‘ÁlÁ), janganlah engkau mendirikannya pula untuk dirimu sendiri.
- Kegigihan usahamu pada [perkara-perkara] yang telah pun dijaminkan untukmu (yakni di dalam urusan-urusan rezeki) di samping kelalaianmu pada [perkara-perkara] yang telah dituntut daripadamu (yakni di dalam mengerjakan ibadat) adalah satu dalil bagi terhapusnya al-baÃÏrah (penglihatan mata hati) daripada dirimu.
- Janganlah kelambatan pemberian kurniaan-kurniaan [daripada AllÁh] sedangkan engkau telah bersungguh-sungguh di dalam berdoa, menyebabkan engkau berputus asa. Kerana, Dia telah pun menjamin akan memperkenankannya, pada apa yang telah Dia pilihkan untukmu, bukan pada apa yang engkau pilihkan untuk dirimu sendiri. Dan pada waktu yang Dia
kehendaki, bukan pada waktu yang engkau kehendaki. - Janganlah engkau menjadi syak mengenai janji itu ketika tiada terjadi yang dijanjikan, sekalipun ia telah ditentukan waktunya, agar tiadalah terjadi dengan demikian itu pengurangan pada baÃÏrah-mu
(penglihatan mata hati) dan pemadaman bagi cahaya sarÏrah-mu (rahsia batin). - Apabila Dia membukakan untukmu satu perspektif daripada pengenalan (yakni al-ma‘rifah), janganlah engkau menghiraukan fakta yang amalmu masih sedikit, kerana tiadalah Dia membukakannya
untukmu melainkan kerana Dia ingin memperkenalkan diriNya kepadamu. Apakah tiada engkau mengetahui bahawa pengenalan itu adalah pemberianNya kepadamu, sedangkan segala amalmu itu
adalah hadiahmu kepadaNya? Di manakah [nilai] hadiahmu kepadaNya jika dibandingkan dengan pemberianNya kepadamu? - Jenis-jenis amal itu menjadi pelbagai ragam kerana kepelbagaian ragam wÁridÁt al-aËwÁl (kurniaan-kurniaan yang turun dengan keadaan-keadaan rohani yang tertentu).
- Segala amal itu adalah bentuk-bentuk yang berdiri tegak (yakni adalah seumpama kerangka-kerangka yang tidak bernyawa belaka), sedangkan roh-rohnya pula ialah kewujudan rahsia keikhlasan di dalamnya (yakni tanpa rahsia keikhlasan, segala amal itu adalah bagaikan lifeless forms saja).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar